Friday, July 17, 2009

Kekalkan Persahabatan
















Apabila kita berkawan, kita dan juga sahabat kita harus mempunyai tanggungjawab :





Antaranya ialah :- Ketahanan bergurau senda, pastikan sahabat kita boleh menerima gurauan itu. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi sahabat kita.(seperti perkara sensitif : gaji, kenaikan pangkat & hutangnya) . Kita mesti pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami /isteri sahabat. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Bijak menyesuaikan tutur kata. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s. w. tRasulullah s. a. w. bersabda:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s. a. w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."










Pesanan mama pada semua sentiasa lah berbuat baik dan fikirkan yang positif. Orang akan sentiasa mengingati sekiranya kita sentiasa bersifat baik bersama kawan-kawan. Tetapi apabila hati mereka terguris/terluka dengan perbuatan kita yang sekali, itu akan diingati sampai bila-bila daripada kebaikan yang kita lakukan selama ini.

No comments:

Post a Comment