Monday, July 27, 2009

SENYUM

mama yang dibelakang suka tersenyum


Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita. SENYUMlah hari ini.
Senyum....senang tak nak senyum? Tak taulah, kdg2 senang kdg2 susah....! Dalam hidup sehari2, kita akan jmpa macam2 jenis orang, ada yg suka senyum, ada pula yg tak suka senyum and ada pula yg mukanya memang sentiasa tersenyum. Hah.., ada pulak org yg memang suka senyum, sbb bila jmpa org dia mesti senyum. Ada pulak yg payah nak senyum, sbb bila kita senyum dia buat tak reti ja..dan2 kita yg senyum ni terus malu, sebab org yg kita senyum tu buat taktau ja.....sedih nya sabaq ja la...."Innallahhama'assobirin" yg bermaksud..ssungguhnya Allah beserta org2 yag sabar..insyaallah. Ni satu jenis org pulak..memang kerjanya senyum 24 jam..ade ka org macam ni? Mesti la ada, tak kan tak dak kot...sebab mama ni memang suka tersenyum, tapi kena ingat juga jangan saja-saja nak semyum dengan kaum ADAM yang kita tidak kenali.
So,kita sume masuk dalam kategori mana?
Suka senyum,suka masam, payah nak senyum, suka senyum sorg2, atau memang muka jenis tersenyum?..Apapun terpulang kepada kita sendiri, kerana kita semua lebih arif tentang siapa kita...
Hah,macam mana? Dah fikir kita semua dalam kategori mana? Tak kisah dalam kelompok manapun..tapi yang penting, kita mesti sentiasa senyum dan belajar senyum. Sebab apa ya perlu senyum? Nak tahu ker tak nak? Senyumkan satu sedekah, dah tu dapat pahala tanpa susah2, just senyum dan maniskan muka ja..senang kan?

senyuman manis (atau terlebih senyum)

Apapun..kita mesti senyum..senyum selalu.....

Tuesday, July 21, 2009

ILMU & PENGETAHUAN










Beberapa hari ni mama agak sibuk. Tak sempat nak update blog. Semalam baru habis training, 2 hari Isnin & Selasa. Walaupun mama seorang setiausaha tapi untuk menambahkan ilmu mama ikuti training Submarine. Mana tahu lepas ni ambil Degree boleh jadi Engineer. lagi pun dekat office ni kena penuhkan training hours sebanyak 40 jam. Mama dah ada 36 jam, Alhamdulillah. Boss kata lebih training hours pun tak apa. Hemmm nampaknya lepas ni kena lah joint training lagi. Apa-apa pun ianya tidak merugikan malah menambahkan ilmu pengetahuan untuk mama dan kawan-kawan yang lain.




Banyak pengetahuan yang diperolehi bila mengikuti kursus ini. Maknanya lepas ni bila ada call yang tersilap masuk dan bertanya tentang projek ni, boleh la mama jawab dengan confident.




Disini juga mama bagi beberapa tips ketika bekerja.








Tips ketika bekerja :








- Mesti sentiasa happy




- Bersifat positif terhadap pekerjaan. Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.




-Buatlah jadual terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.




-Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai.




-Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.




Friday, July 17, 2009

Kekalkan Persahabatan
















Apabila kita berkawan, kita dan juga sahabat kita harus mempunyai tanggungjawab :





Antaranya ialah :- Ketahanan bergurau senda, pastikan sahabat kita boleh menerima gurauan itu. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi sahabat kita.(seperti perkara sensitif : gaji, kenaikan pangkat & hutangnya) . Kita mesti pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami /isteri sahabat. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Bijak menyesuaikan tutur kata. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s. w. tRasulullah s. a. w. bersabda:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s. a. w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."










Pesanan mama pada semua sentiasa lah berbuat baik dan fikirkan yang positif. Orang akan sentiasa mengingati sekiranya kita sentiasa bersifat baik bersama kawan-kawan. Tetapi apabila hati mereka terguris/terluka dengan perbuatan kita yang sekali, itu akan diingati sampai bila-bila daripada kebaikan yang kita lakukan selama ini.

Thursday, July 16, 2009

kebahagian mama melihat anak-anak gembira






Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia" Maryam [19]: 7).










"


-Anakku, betapa bangga hati ini mendengar suara tangismu yang pertama kali. Tangis yang sangat keras dan kuat sepadan dengan tendangan kaki dan tanganmu. Anakku, setelah hampir sembilan bulan engkau berselimut di alam rahim ibumu, sekarang kami ucapkan "marhaban" atas kehadiranmu di alam dunia. Dengan sepenuh tangan yang terbuka lebar-lebar semua menyambut kehadiranmu. Ayahmu melantunkan merdu suara adzan di telinga kananmu dan iqamah di telinga kirimu, itulah suara mulia yang pertama kali engkau nikmati. "Barangsiapa kedatangan anak laki-laki yang baru lahir, maka hendaklah ia mengadzankan di telinga kanannya dan mengqamatkan di telinga kirinya. Maka anak itu tidak akan terkena bahaya (gangguan) syaithan" (.Dan kulihat tangismu terhenti sejenak ketika suara itu menghampiri telinga mungilmu, engkau begitu khusyu' mendengar lantunan suara itu. Tidak lupa ayahmu menggosok langit-langit mulutmu dengan kurma yang telah dikunyah dan mendo'akan supaya Allah 'Azza wa Jalla senantiasa memberkahi dirimu.Anakku, tubuh mungilmu yang merah berselimut darah sebagai bukti kesucian nilai kelahiranmu. "Semua bayi dilahirkan dalam keadaan fithrah (Islam)..." Al Hadits). nikmat-Nya. "

Wednesday, July 15, 2009

mendidik hati berpuasa



Hati yang berpuasa tidak suka sifat syak wasangka dan tidak akan menghukum dan mengkritik orang lain kerana mengingati firman Allah Yang Maha Tinggi, terjemahan ayat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa..." [49:12]




Sempena bulan Rejab yang tinggal beberapa hari lagi marilah kita berpuasa sunat dan kepada yang belum habis 'hutang' puasa tu elok la bayar. Bulan Syaaban tak lama lagi di ikuti dengan bulan Ramadhan dimana kita wajib berpuasa.




Dengan kerap melalukan puasa, pasti kita akan mengingati insan-insan yang kelaparan dimana kehidupan mereka lebih jauh susah dari kita.




Tapi bila waktu berbuka cukup la berbuka dengan ala kadar. Tak perlu penuh satu meja/

Saturday, July 11, 2009