Tuesday, July 21, 2009

ILMU & PENGETAHUAN










Beberapa hari ni mama agak sibuk. Tak sempat nak update blog. Semalam baru habis training, 2 hari Isnin & Selasa. Walaupun mama seorang setiausaha tapi untuk menambahkan ilmu mama ikuti training Submarine. Mana tahu lepas ni ambil Degree boleh jadi Engineer. lagi pun dekat office ni kena penuhkan training hours sebanyak 40 jam. Mama dah ada 36 jam, Alhamdulillah. Boss kata lebih training hours pun tak apa. Hemmm nampaknya lepas ni kena lah joint training lagi. Apa-apa pun ianya tidak merugikan malah menambahkan ilmu pengetahuan untuk mama dan kawan-kawan yang lain.




Banyak pengetahuan yang diperolehi bila mengikuti kursus ini. Maknanya lepas ni bila ada call yang tersilap masuk dan bertanya tentang projek ni, boleh la mama jawab dengan confident.




Disini juga mama bagi beberapa tips ketika bekerja.








Tips ketika bekerja :








- Mesti sentiasa happy




- Bersifat positif terhadap pekerjaan. Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.




-Buatlah jadual terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.




-Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai.




-Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.




No comments:

Post a Comment