Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN DARI ANAK-ANAK MAMA
(Berdiri di belakang : Adik Zura, Mama, Mama Uzma n Iqa)
(Duduk : Baby 'Aina n anak buah mama)
SALAM RAMADHAN










Ahlan Wasahlan syahru Ramadhan....Selamat Menjalani Ibadah Puasa................
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Ba“




SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA DAN MOHON JUTAAN AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN-KESALAHAN ATAU TERSILAP/TERKASAR BAHASA, YG NYATA ATAU TIDAK, SEDAR ATAU TIDAK. SAMA-SAMALAH KITA MENINGKATKAN AMALAN-AMALAN KITA DAN SENTIASALAH KITA MENJAGA KEPERIBADIAN KITA AGAR TIDAK DIMURKAI OLEH ALLAH SUBHANAHU WATAALLAihaqi-

Monday, August 17, 2009

~~ KUIH RAYA ~~

Assalamualaikum....

terima kasih sudi menjenguk di blog nenda uzma...
ni diantara KUIH RAYA yg dijual..

Jangan susah hati..rasa kuih ni semuanya SEDAP&mmg PASTI
SEMUA AKAN berpuas hati...











Senarai harga :-

NO 1 ~ SARANG SEMUT (50 PCS) RM22.00

NO 2 ~ HONEY CORNFLANKES (50 PCS) RM22.00

NO 3 ~ KUIH RODA'dlm ada coklat' (50 PCS) RM28.00

NO 4 ~ JAM TART (50 PCS) RM24.00

NO 5 ~ CHOCOLATE CHIPS (400 G) RM24.00

NO 6 ~ HAZEL NUT (63 PCS) RM34.00

NO 7 ~ SONATA SALJU (+ 50PCS) RM26.00

NO 8 ~ SHORT BREAD ALMOND (50 PCS) RM28.00

NO 9 ~ ALMOND SNOW (++ 50 PCS) RM26.00

NO 10 ~ OATS CHOC (++ 50 PCS) RM26.00


HARGA KEKACANG AKAN DI UPDATE

Sunday, August 2, 2009

Jenazah

weeding anak buah (Sharul & Dija)

Di masjid kristal (KT)


Dah lama rasanya tak update, masa tidak mengizinkan.

Tadi mama pergi ziarah kawan ofis, bapanya meninggal mengejut pagi tadi. Umur dalam 62 tahun tak ada penyakit kronik cuma 'low blood'. Terkejut juga mama dengar coz mama pun ada 'low blood'. Evertime pragnent mesti kena, tapi lately ni kerap kena. Yang paling tak best sekali bila time kena mesti kepala pusing, rasa kepala macam kosong.

Jumpa kawan mama, memang masih merah dan bengkak lagi matanya. Of course orang yang tersayang telah pergi meninggalkan untuk selama-lamanya. Apatah lagi meninggal mengejut.
Teringat pengalaman memandikan jenazah emak sendiri kira-kira 17 tahun lalu bersama kakak-kakak/ipar dan adik perempuan. Ketika itu mama mendukung anak mama yang no 3, Atiqah yang ketika itu berusia 2+ tahun. Memang kami tiada pengalaman, segala-galanya dilakukan atas arahan tukang mandi jenazah dan pembantunya. Sambil memandikan jasad emak, mama merenung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan mama adik beradik. Dengan lembut dan hati-hati mama bersihkan bahagian kepala kerana mama berdiri dibahagian kepala. Terbayang senyuman, gurau senda, nasihat dan juga ketika emak memarahi mama. Tiba-tiba teringat pula hakikat bahawa sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh bumi, dan dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza - mama masih di alam fana, manakala emak sudah dijemput ke alam baqa. Lantas air mata merembas keluar hingga ditegur dan disabarkan oleh makcik-makcik dengan lembut, "Sabarlah. Semua orang mesti merasai mati. Lambat laun kita mesti berpisah juga dengan orang yang disayangi. Kita kena banyak-banyak sabar. Banyak-banyak doa pada Allah supaya roh emak selamat 'di sana'. Yang paling sedih sekali mama tidak dapat menatap saat pemergian emak kerana pagi itu mama sekeluarga ada 'family day' di Lake Garden. Ketika itu tiada handphone untuk dihubungi, Alhamdulillah abang ipar mama dapat juga mencari kami di Lake Garden. Memang emak mama sakit, kata orang penyakit 'pakage' tapi yang paling teruk sekali buah pinggang. Keadaan emak mama seperti biasa tidaklah kata orang tengah nazak. Tapi Alhamdulillah emak mama pergi dengan aman setelah bapa dan abang mama habis membaca yasin. Semuga ALLAH mencucuri rahmat, ampunkan dosa dan tempatkan emak bersama-sama orang yang soleh/solehah. AMIN. Mama selalu berkata, mama tidak dapat menjadikan diri mama sebaik emak dan tidak dapat melakukan yang terbaik seperti mama. Emak banyak berkorban masa dan tenaga untuk mama dan adik beradik semua. Hingga kini kasih sayang mama tidak berkurangan malah semakin sayang. Untuk kawan-kawan dan anak-anak semua, mama pesan sayangilah ibu/bapa semasa mereka masih ada, jika sudah tiada yang tinggal hanyalah kenangan sahaja.

Walaubagaimana pun, Alhamdulillah mama masa mempunyai seorang bapa, yang masih sihat walaupun usia bapa mama sudah 86 tahun.







Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayat-Nya”
Al-Baqarah: 156-167.