Monday, September 28, 2009

salam aidil fitri

sebahagian dari ahli keluarga (bapa, adik beradik/ipar/anak2 buah/cucu saudara
(cucu balik kg)



Rindu dah lama tak update blog. Sibuk dalam bulan ramadhan dan jualan kuih raya.


Selamat Hari Raya mama ucapkan kepada semua. Apa yang tersilap harap dimaafkan. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerena dapat bertemu lagi di bulan Syawal pada tahun ini. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Sempena HariRaya Aidilfitri yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama saling mempereratkan tali silaturahim diantara kita dengan budaya kunjung mengunjungi dan saling maaf bermaafan. Di samping itu janganlah kita lupa akan umatNya yang fakir dan miskin. Yang berkemampuan dan berkuasa itu, bersedekahlah dan raikanlah hari kemenangan ini bersama-sama mereka yang memerlukan. Jangan biarkan hati mereka berasa tidak adil dan tersisih.


"Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini adalah merupakan satu peringatan terhadap hari raya diakhirat. Apabila engkau melihat orang-orang pada pagihari raya, sebahagian dari mereka ada yang pergi (menunaikan solat pada pagi aidilfitri) dengan berjalan kaki, sebahagian lagi ada yang berkenderaan (berbasikal, bermotokar atau berkereta mewah). Ada dari kalangan mereka yang berpakaian sempurna dan ada juga yang tidak berpakaian kemas. Ada yangberbaju indah dan ada yang berbaju biasa. Sebahagian ada yang ketawa riang namun sebahaglan yang lain bersedih atau menangis. MAKA INGATLAH perjalanan dihari akhirat sewaktu kamu akan dibangkitkan dipadang mahsyar. Ingatlah keadaan kamu sewaktu kamu digiringkan dari kubur ke padang mahsyar dan saat ketika mana kamu melintasi titian sirat. Adakah kamu akan bergembira atau berdukacita? Adakah kamu akantergolong dalam kumpulan orang yang berbahagia atau sengsara.

Apa yang kurang atau tersilap harap dimaafkan.









Aksi manja gitu - raya kedua



















"